06 December 2019

Kabar Aceh Untuk Dunia


Semalam di Aceh, Kisah Wisatawan Malaysia

...

  • portalsatu.com
  • 10 July 2019 08:00 WIB

Tim wisatawan Malaysia.
Tim wisatawan Malaysia.

Alhamdulillah. Acheh achieved.

Ini mungkin trip paling mudah dalam tour #penangfoldies. Rasa macam trip pakai travel agent. Mana tidaknya, guide, supir serta eksperimen makan dan minum tanpa henti. Tak hairanlah balik dengan excess 2.5kg lepas timbang.

Hari pertama sebaik tiba di Lapangan Terbang Iskandar Muda Banda Aceh, kami keluarkan peluh dengan memasang semula basikal. Beg koyak, parts bengkok adalah sebahagian dari pengalaman pagi tu. Team Brompton senyum je - diorang datang dengan hardcase 30 inci bertatahkan berlian.

Secara puratanya kami kayuh 60km sehari. Tenaga kami dibakar dari pelbagai juadah seni kuliner tradisional Aceh berserta dos tinggi kafeine di setiap perhentian. Kami berjaya kutip sejumlah 180km untuk 3 hari tersebut walaupun signal gps putusputus.

Sebut Aceh, ingat tsunami. Jadi, memang tapak bekas tsunami yang bawa kami berkayuh. Dari pantai barat menghadap laut lepas Andaman ke pantai timur Selat Melaka dan pantai utara menghadap Pulau Sabang, kami sampai untuk menjadi saksi kekuasaanNya.

Mesti nak tahu pasal elevation, bukan? Anehnya, majoriti laluan kami adalah landai. Dari bandar ke kampung, serta dari kampung ke lebih dalam kampung. Hanya ada satu bukit sahaja yang kami hadap pada hari ketiga. Tinggi bukit tu tak dapat diceritakan disini sebab... bukit tu tinggi. Ramai yang tewas termasuk lori asphalt dan guide kami.

Kami diterima baik di Aceh. Bagi sesiapa yang tidak tahu, perjalanan kami mendapat liputan media di Aceh dan pada minggu ini, insyaAllah kalau diterima, mungkin masuk ke media cetak sebab kami disantuni oleh Wali Kota (atau Datuk Bandar) Banda Acheh dalam acara Car Free Day Acheh yang berlangsung serentak dengan Hari Polis (kalau tak silap). Kami juga ada menerima 3 orang wakil dari Tentera Nasional Indonesia yang berkayuh bersama kami sepanjang pagi hari kedua di sana. 
Sebagai tambahan, kami disapa oleh artis tempatan Aceh - Iwan dan berpeluang bergambar dengn seorang ahli kumpulan Raihan ketika menuju ke pantai Lok Nga. 

Kami rekomen semua makanan di Aceh - baik kuih & manisannya, lauk-pauknya hingga kopinya. Ada 2 karekter jelas pada makanan Aceh - pedas & manis. 
Hari terakhir kami disajikan dengan lauk ikan toman dan rusa goreng selain dari ikan bakar tepi pantai, ayam penyet asli Wong Solo dan Indomie gaya Aceh pada hari-hari sebelumnya. 

Terima kasih kepada Wali Kota Damansara bapak Tengku Al-Faris Jofizi Al-Habib kerana merancang dengan jayanya perjalanan kami. Tertubuh juga satu lagi kelab basikal Malindo Aceh atas inisiatif antara bapak Jofizi dan bapak-bapak TNI. Khabarnya juga ada perancangan untuk bawa pasukan ragbi Aceh untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan kolej bapak Yusaini. 

Jadi, siapa yang tidak berpeluang pada kali ini, jangan risau, ada satu lagi trip ke Aceh dengan loop lebih 300km melalui ketiga2 pantai serta merentasi sebuah banjaran antara pantai timur dan barat. #penangfoldies akan bersidang untuk kalendar tour tempatan & antarabangsa bagi tempoh 3-5 tahun akan datang jadi, kita buat perancangan sendiri insya Allah.

#penangfoldies kini megah dengan 3 bendera di lengannya - Malaysia, Thailand & Indonesia. Nantikan Singapura & Korea, amiin.[]

*Sebahagian besar artikel ini ditulis dengan rempah-ratus yang dibawa langsung dari Aceh tanpa cukai.

Peserta turis dari Malaysia

 1.  Afizi bin Amudi ( leader )
2. Yusainy bin Azizan
3. Mohamed Johari Hashim
4. Norazura Muhamad Bunnori
5. Khairunisak Abdul Razak
6. Azlim Zamberi.
 Tujuan kami hadir ke sini untuk mecicipi kuliner khas Banda Aceh, mengunjungi tempat wisatanya dan bersepeda santai mengitari kota Banda Aceh.

Editor: portalsatu.com

Berita Terkait


portalsatu.com © 2017 All Rights Reserved.