27.7 C
Banda Aceh
Selasa, Mei 11, 2021

Perempuan Kreatif, Siti Juita Mastura Aktif Ciptakan Drone

BERITA DAERAH

BATU PAHAT – Kemunculan wanita dalam bidang teknologi dron amat kurang, sedangkan usaha itu mampu menawarkan peluang besar untuk berkembang dalam industri dron komersial.

Wanita pertama Malaysia yang memiliki izin resmi Juruterbang Kawalan Dron Profesional, Siti Juita Mastura Mohd Saleh, 39, berkata, tidak mustahil wanita berjaya dalam bidang yang sinonim dengan golongan lelaki.

Dia berkata, wanita perlu meningkatkan langkah dengan memperkasakan dalam pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi.

Katanya, teknologi dron bidang mudah dipelajari, cuma seseorang perlu mempunyai minat yang tinggi dalam bidang itu.

“Bidang ini tidak memerlukan banyak tenaga, sebaliknya kemahiran dalam kejuruan seperti jurusan mekatronik dan mekanikal.

“Untuk mengendali dan mengawal dron biasa agak mudah kerana strukturnya ringan dan stabil.

“Bagaimanapun, bagi dron untuk perlumbaan atau dron kargo ia lebih berat. Mereka perlu melakukan banyak latihan, konsisten dan lebih berhati-hati,” katanya.

Dia yang juga pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), berkata lesen miliknya itu mendapat pengiktirafan Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA), selain beberapa lagi negara lain di Asia turut mengiktiraf lesen berkenaan seperti Singapura.

Katanya, lesennya itu untuk kegunaan komersial membabitkan dron seberat tujuh hingga 25 kilogram dan kebiasaannya digunakan dalam aktiviti kargo, pemantauan serta rakaman foto dan video.

“Bagi mereka yang ingin menerbangkan dron untuk tujuan komersial, termasuk di Malaysia perlu mempunyai lesen dan berhubung dengan Air Traffic Control (ATC) atau pusat kawalan udara kerana tidak boleh menerbangkan sesuka hati.

“Bermula tahun ini, Malaysia mula mengawal aktiviti menerbangkan dron bagi mengelak kesesakan di ruang udara kerana berkemungkinan akan berlaku kemalangan,” katanya.

Siti Juita Mastura yang aktif membangun dron untuk tujuan pertanian dan pemantauan dari udara, di mana dengan penyelidikan melalui UTHM dua dron, ia berjaya dihasilkan dikenali sebagai Pinexri-20 dan Pinexri-X dan kini digunakan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Justeru, katanya, ketika ini penggunaan dron begitu luas dalam kalangan masyarakat untuk pelbagai tujuan.

“Baru-baru ini, kami menerima pertanyaan daripada sebuah syarikat penerbangan sama ada boleh mencipta dron untuk membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan bagi membaiki komponen kapal terbang.

“Ada juga syarikat minyak dan gas meminta pendapat untuk membuat dron bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan di beberapa bahagian pelantar minyak yang tidak boleh diakses pekerja di tempat itu.

“Pada saya, ilmu pengetahuan dan kemahiran dimiliki seseorang dalam bidang ini akan memberi banyak kelebihan. Jika memahami konsep dron macam-macam boleh lakukan mengikut keperluan peralatan itu,” katanya.

Siti Juita Mastura berkata, beliau kini sedang mengikuti kursus dan ujian sebelum mengambil lesen, malah menjadi satu-satunya wanita yang mengikuti kursus terbabit.

“Walaupun hanya saya wanita di situ, tenaga pengajar dan rakan dari luar negara tidak memandang rendah saya.

“Mereka semua sering memberi semangat dan tidak kedekut berkongsi ilmu dalam bidang berkenaan.

“Sokongan suami dan ahli keluarga membuatkan kerja saya lebih mudah dan berjaya sehingga ke tahap ini. Sejak kecil saya minat bermain dengan beberapa permainan membabitkan teknologi dan sehingga kini hobi saya adalah mengumpul gajet seperti permainan video dan ada banyak koleksi dron peribadi,” katanya.

Siti Juita Mastura yang memiliki kelulusan doktor falsafah dari Universiti Cranfield, United Kingdom, berkata antara cabaran untuk memiliki lesen adalah perlu melengkapkan beberapa projek termasuk pembinaan pesawat ringan baharu Brazil yang digunakan untuk aktiviti pemantauan.

Selain itu, beliau dilantik menerajui syarikat milik UTHM dalam bidang aeronautik yang dikenali sebagai Aviation Technology Expert Solution (AVITEX).

“AVITEX menjalankan tiga cabang pengkhususan, iaitu Southern Drone Academy, Southern Drone School dan Southern Drone Solution,” katanya.[]sumber:bharian.com.my

Berita Terkait

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

BERITA POPULER

Berita Rekomendasi

Terbaru

Ustaz Tengku Zulkarnain Wafat, UAS Ucapkan Kalimat Ini

Ustaz Tengku Zulkarnain berpulang ke Rahmatullah pada Senin, 10 Mei 2021 malam bertepatan hari...

Kukuhkan Pengurus MAA, Ini Pesan Wali Nanggroe

BANDA ACEH – Kepengurusan Majelis Adat Aceh masa bakti 2021-2026 secara resmi dikukuhkan oleh...

Kasus Covid-19 Bertambah 68 Orang di Aceh, Lima Meninggal Dunia

BANDA ACEH — Kasus konfirmasi baru Coronavirus Disease 2019 atau Covid-19 bertambah lagi 68...

Anggota DPRK Ini Borong Satu Ton Mentimun Kelompok Tani Tunes Ayu

BLANGKEJEREN - Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Kabupaten (DPRK) Gayo Lues, Idris Arlem, memberikan apresiasi...

AKBP Carlie Jenguk Nek Ipah yang Hidup Sebatang Kara di Penampaan Uken

BLANGKEJEREN - Nek Ipah, warga Desa Penampaan Uken, Kecamatan Blangkejeren, Kabupaten Gayo Lues, butuh...

Masjid Syiah Kuala, Ikon Masyarakat Aceh di Kota Batam

Masjid merupakan salah satu tempat ibadah bagi kaum muslim. Selain digunakan sebagai tempat ibadah,...

Ramai Nasabah Tebus Emas di Pegadaian Lhokseumawe

LHOKSEUMAWE - Pihak Kantor Pegadaian Kota Lhokseumawe menyatakan sebagian besar nasabah menebus gadaian emas...

Pimpin Pengprov Woodball Aceh, Azwardi: Tantangan Berat!

BANDA ACEH – Dunia olahraga Aceh kini kembali diramaikan dengan kehadiran satu cabang baru,...

12 Tahun Jarang Pakai Seragam, Jenderal Ini Bisa Jadi Panglima TNI

Tak sembarangan perwira bisa menduduki kursi Panglima TNI. Selain harus punya jiwa kepemimpinan yang...

Terinspirasi Mohamed Salah, Ben Bird Masuk Islam

LONDON -- Pesepak bola Liverpool asal Mesir, Mohamed Salah, telah memberikan pengaruh positif di...

Alhamdulillah, KNPGL Beli Mentimun Kelompok Tani Tunes Ayu

BLANGKEJEREN - Kelompok Tani Tunes Ayu Desa Raklintang (Bemem Buntul Pegayon), Kecamatan Blangpegayon, Kabupaten...

Mohon Dibaca, Warning Elon Musk Soal Kripto

Uang kripto memang sedang naik daun. Salah satu orang terkaya dunia, Elon Musk bahkan Namun...

Setelah Didalami, BPKP Aceh: Kerugian Negara Kasus Proyek Jalan Muara Situlen-Gelombang di Agara Rp4 M Lebih

BANDA ACEH – Badan Pengawasan Keuangan dan Pembangunan (BPKP) Perwakilan Aceh menyampaikan informasi terbaru...

Bermimpi Dibawa ke Masjid oleh Orang Bersurban Putih, Hasballah Silitonga Masuk Islam

BANDA ACEH - Hasballah Silitonga adalah laki-laki kelahiran Sawit Hulu, Kecamatan Sawit Seberang, Kabupaten...

Mualaf Renate Minta Dimakamkan di Turki Secara Islam

TRABZON -- Renate (83 tahun) meninggal baru-baru ini dan pada akhirnya dimakamkan di distrik...

Jelang Lebaran Pabrik Turunkan TBS, Apkasindo Perjuangan: Praktik Kotor Pengusaha Zalim

SUBULUSSALAM - Wakil Ketua DPP Asosiasi Petani Kelapa Indonesia Apkasindo (Apkasindo) Perjuangan, Subangun Berutu...

Lansia Terima Bantuan Sembako dari Komunitas XTrim Subulusalam

  SUBULUSSALAM - Sejumlah warga lanjut usia (lansia) dan masyarakat kurang mampu di wilayah Kecamatan...

Remaja Masjid Islamic Center Lhokseumawe Gelar Perlombaan Daurah Ramadhan

LHOKSEUMAWE - Remaja Masjid Agung Islamic Center Lhokseumawe menggelar perlombaan 0pada rangkaian penutupan kegiatan...

Polisi Bubarkan Pemasang Petasan di Balai Musara

BLANGKEJEREN - Dua anggota polisi Polres Gayo Lues membubarkan anak-anak dan remaja yang memasang...

HUT ke-59 Korem 011/Lilawangsa, TNI Bagikan Sembako untuk Kaum Duafa

LHOKSEUMAWE - Korem 011/Lilawangsa membagikan sebanyak 200 paket sembako untuk kaum duafa di Lhokseumawe,...