KUALA LUMPUR -Penyanyi era 1960-an yang popular dengan lagu Yale Yale, M Ishak menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di sebuah hospital di Singapura, kira-kira jam 11.30 malam, 2 Maret 2017.
M Ishak atau nama sebenarnya, Mohamed Ishak Shaik Mohamed, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru. Jenazah akan dikebumikan di Geylang Serai selepas salat Jumat, kira-kira jam 2 petang.
Bergiat dalam arena seni sejak tahun 1950-an dengan mengikut kumpulan musik membuat persembahan di bawah khemah kerja kahwin, Ishak bermula sebagai pemain dram.
Pada awal 1960-an, Ishak bersama beberapa rakan menubuhkan kumpulan The Young Lovers. Tiga tahun kemudian, Ishak menyertai pertandingan kugiran anjuran Sriwana.
Bersama kumpulan itu, mereka ditawarkan menghasilkan album dan menghasilkan 23 EP serta dua LP. Ishak juga pernah bekerjasama dengan Engku Fadillah dan Hamid Buang.
Allahyarham meninggalkan isteri, empat cahaya mata dan beberapa cucu.[]Sumber:bharian.com.my

