Karya: Syukri Isa Bluka Teubai
Minda memenuhi kepala
Lela dalam wacana
Kepada Raja ia berkata
Perihal duka-lara
Daulat tuanku Acha!
Dengarlah aku mahu berbicara:
Hari ini perang telah reda
Anak yatim bersama janda
Telah pergi para syuhada
Mereka menjemput syurga
Walau kini tinggallah air mata
Bersama hujan yang seperti biasa.
Raja terdiam seribu bahasa
Takpun menyahut sepatah kata
Hanya mengangguk-angguk kepala
Kerana fatamorgana telah merajalela
Banda Aceh, 07 April 2016
===========
Mata dan Air
Karya: Syukri Isa Bluka Teubai
Kering sudah air mata
Sumur digali seperti biasa
Keringat membasahi pada
Semua kemelut anak desa
Padi di sawah kini dicerca
Pada pipit manusia murka
Salahnya apa?
Mencari makan adalah kewajiban
Maruf itu padamu sekalian
Walau sekarang tiada diperhatikan
Halal-haram bukan lagi beban
Larut dalam kepura-puraan
Semua dipermainkan pilihan
Salah siapa?
Banda Aceh, 07 April 2016
*Syukri Isa Bluka Teubai, Alumnus Sekolah Hamzah Fansuri (ASHaF)

