GEORGETOWN – Jumlah korban banjir di Pulau Pinang yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan terus berkurang karena cuaca semakin membaik dan cerah sejak semalam di negeri tersebut.

Setakat jam 8 pagi kemarin, sebanyak 1,040 dari 243 keluarga masih berada di pusat penampungan berbanding 1,313 daripada 304 keluarga malamnya.

Juru bicara kamp pengungsi mengatakan, sebanyak lima pusat pemindahan masih dibuka di Seberang Perai Utara (SPU) manakala satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

“Seramai 820 korban banjir daripada 178 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di SPU manakala 220 orang membabitkan 65 keluarga di pusat pemindahan Dewan Banjir Guar Jering di SPT, ” katanya di sini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang rusak akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lalu yang turut menumbangkan puluhan pohon.

Hingga kini, bencana banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah merenggut tujuh nyawa.[]Sumber:BERNAMA/bharian