PEKAN — Penduduk Kampung Tanjung di Paloh Hinai, Malaysia, dapat melihat kemunculan sebuah kapal dagang British yang didakwa tenggelam 100 tahun lalu di arus Sungai Pahang, Malaysia, yang menyusut, sejak sebulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pada awalnya hanya sebahagian bangkai kapal itu yang kelihatan, namun permukaan air sungai yang semakin menyusut menyebabkan semakin banyak bentuk kapal itu kelihatan.
“Kisah kapal ini memang popular dalam kalangan penduduk yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Dikatakan ia karam kerana menganggu makhluk halus selain sikap kaptennya yang sombong,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, kapal tersebut masih mempunyai serombong, tali sauh, kipas dan kebuk pembakaran enjin berkuasa wap. Abdul Rashid mahu asal usul kapal itu disahkan pihak berkaitan.[]Sumber:bernama.com

