PATANI – Batu Aceh atau batu nisan gaya dan produk Aceh yang bersejarah ditemui di Patani dipercayai milik orang yang terkenal di Patani pada zaman itu, iaitu sekitar 600 tahun lalu.
Prof. Dr. Othman Mohd. Yatim, pensyarah dari Universiti Malaya, Malaysia mengatakan, batu Aceh yang ditemui di Kampung Yaring, Wilayah Pattani, itu merupakan batu yang bersejarah dan telah dibawa masuk dari Aceh.
Batu Aceh itu, selain mempunyai ukiran yang unik ia juga merupakan batu nisan yang amat berharga pada zaman itu. Batu itu terdapat ukiran dengan motif bunga yang keseniannya dipercayai dari Aceh, katanya dalam forum Sejarah Langkasuka yang berhubungkait dengan penemuan Batu Aceh di Patani Darusalam di Sekolah Amanah Sak, Wilayah Pattani, 14 Januari 2017.
Menurutnya, penemuan itu pula membuktikan Patani pernah mempunyai hubungan perdagangan dengan Aceh.
Othman mengatakan, batu Aceh itu terdapat pada abad ke-13, iaitu pada tahun 1297 Masihi, kepunyaan seorang pemerintah Islam tempatan telah ditemui di Pasai, iaitu di makam Sultan Malik al-Salih.
Pada batu nisan itu terdapat ukiran nama al-Marhum serta tarikh kemangkatan baginda. Terukir juga sepotong ayat yang dipetik daripada sebuah puisi Sufi, katanya.

Selain itu, Presiden Yayasan Kebudayaan Islam Kawasan Selatan (YAKIS), Dr.Ibrahim Yanya berkata pihaknya akan lanjut mengkaji tentang batu itu.
Kami akan terus mengkaji batu itu untuk mencari bukti yang sebenar bahawa makam yang memiliki batu Aceh itu kepunyaan siapa.
Lagi akan mencatat dalam Yayasan Kebudayaan Islam Kawasan Selatan (YAKIS) bahawa batu itu adalah harta kurun yang mempunyai nilai yang amat berharga bagi penduduk di Patani, katanya.[]Sumber:mediaselatan.com via Tunas Online (facebook.com/PataniASEAN)
Gambar fb : Simba Anda


