KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) mengutuk keras tindakan seorang majikan memukul pengawal pribadi hanya kerana tidak suka mereka berpuasa.

MACSA menganggap serangan itu penganiayaan karena sentimen islamofobia.

“MACSA menyeru kepada semua rakyat menghormati kedudukan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan.

“Hormati juga Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia agar semua dapat beribadah mengikut agama masing-masing dengan aman dan harmoni.

“MACSA juga ingin mengingatkan mengenai Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi berdasarkan agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, 15 April 2021.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias dan Pengerusi Bersama pertubuhan itu, Prof Madya Dr Rafidah Mokhtar.

Semalam dilaporkan dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, kedua-dua korban ditampar dan dimarahi ketika memberitahu mereka berpuasa, selepas ditanya apa mereka berpuasa atau tidak, ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

MACSA menyatakan mereka memandang serius insiden Islamofobia di Malaysia yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Katanya, islamfobia itu berlaku dalam pelbagai bentuk yang menampakkan kebencian dan penghinaan terhadap agama Islam dan orang Islam.

MACSA menuntut agar kerajaan dengan segera menangani isu islamofobia dengan seruan dan menjadikan islamofobia sebagai tindakan kejahatan.

Katanya, langkah tersebut untuk melindungi dan membantu umat Islam di Malaysia yang mengalami tekanan dan menderita kerana kebencian dan penghinaan sebagian pihak terhadap Islam.

“Sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah menerimapakai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia(UDHR), Malaysia harus akur kepada peruntukan tiada diskriminasi.

“Secara khususnya, artikel 18 UDHR menyatakan setiap orang mempunyai kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama,” menurut kenyataan itu.

MACSA turut mengingatkan berdasarkan Artikel 22 Deklarasi Hak Asasi Asean (AHRD), Malaysia perlu komited menghapuskan sikap tanpa toleransi, diskriminasi dan hasutan berasaskan kebencian terhadap agama dan kepercayaan.

“Malaysia juga perlu akur dengan Deklarasi Hak Asasi Islam Kaherah (CDHRI) yang melarang tindakan memaksa atau mengeksploitasi sesiapa untuk menukar agama seseorang,” katanya.

MACSA turut memuji tindakan pantas polis yang menindaklanjuti kasus itu sehingga tertangkapnya empat orang yang diduga terlibat dalam serangan ke atas dua pengawal keselamatan itu.

“Penelidikan haruslah dijalankan secara serius dan keputusan penyelidikan harus diumumkan kepada masyarakat sesegera mungkin,” katanya.

MACSA turut menggesa supaya satu pindaan menyeluruh dilakukan terhadap Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265) bagi memastikan pekerja tidak didiskriminasikan atas dasar agama dan bangsa.[]sumber:bharian.com.my