KEINDAHAN alam yang masih alami dan beragamnya barang cendera mata di Perak, Malaysia, sering menjadi pilihan strategis bagi para wisatawan dalam dan luar negeri untuk dinikmati dengan cara tersendiri.

Antara produk pelancongan cukup terkenal seperti Pulau Pangkor, Lumut kini berstatus pulau bebas cukai, Taiping terkenal dengan Taman Tasik dan Bukit Larut, selain Kuala Kangsar dan Pasir Salak menyimpan 1001 sejarah Perak nyatanya tidak perlu dielu-elukan lagi.

Selain itu, Perak turut menyimpan seni warisan alat musik tradisional yang dimainkan pada keramaian yaitu rebana yang menjadi barang cenderamata baru untuk parawisata setempat.

Tidak berlebihan jika alat musik itu disebut sebagai identitas masyarakat negeri ini karena ia telah menjadi hiburan sejak zaman dahulu dan diwariskan secara turun-temurun, serta dihasilkan sendiri oleh anak setempat.

Malah, rebana Perak dikaitkan dengan alat musik berasal dari negara Arab itu menjadi hiburan kepada baginda Sultan Perak yang sering mudik di Sungai Perak untuk menyantuni rakyat jelata dan pedagang dari tanah Arab yang menyertai rombongan itu.

Wajar Jadi Paket Pelancongan

Paluan alunan musiknya yang merdu dengan lagu didendangkan lebih berunsurkan ketuhanan, kisah Nabi dan pujian kepada Allah serta Rasul adalah seni warisan yang perlu dipertahankan termasuk pembuatannya.

Lantas sewajarnya ia dimasukkan dalam paket cenderamata kepada pelancong saat mereka ke negeri ini untuk melihat secara dekat proses pembuatannya dan persembahan kumpulan musik itu.

Rebana Perak yang dimainkan 12 pemain dalam satu kumpulan melibatkan empat jenis rebana iaitu penengkah dan penyelang digelar 'ibu rebana', satu pembandung dan sembilan pelalu digelar 'anak'.

Setiap jenis rebana menghasilkan bunyi berbeda dengan bunyi ibu rebana lebih kuat, nyaring dan berdengung namun gabungan keempat-empat rebana menghasilkan alunan musik merdu dan padu.

Rebana Perak dibuat daripada kayu halban jenis tanduk dan bunga dengan jenis tanduk akan menghasilkan bunyi terbaik, selain tahan lama dan menggunakan kulit lembu atau kerbau pada bagian diafram.

Rebana dan kompang juga dua alat musik sangat berbeda walaupun ada menyangka ia sama kerana kompang menggunakan kulit kambing, lebih besar, nipis dan bunyinya tidak nyaring dan berdegung seperti rebana.

Keunikan Rebana Jadi Halwa Telinga

Pembuat rebana dari Kampung Pulau Gajah, Kampung Gajah, Kassim Ibrahim, 43, berkata lebih empat tahun ia bergelut dalam seni pembuatan alat musik tradisional itu dengan berbekalkan minat mendalam sejak kecil.

“Saya buat rebana dan melatih kumpulan. Selain ada kumpulan anak beranak kerana semua anak saya dan isteri turut berminat dengan alat musik ini. Rebana Perak ada keistimewaan tersendiri di setiap daerah seperti ketinggian dan ukuran muka rebana, namun bunyinya tetap sama,” katanya turut dibantu isteri, Siti Suhaila Shamsuddin, 38.

Baluh rebana menunjukkan ciri khas tukang dengan bahagian dalam melengkung dan ketebalan baluh berperanan menghasilkan bunyi yang sedap, berdengung dan lebih kuat hingga boleh didengar lebih 500 meter terutama ketika suasana sunyi. 

“Proses pembuatan rebana bermula dengan pemotongan kayu mengikut bentuk dan ukuran sebelum direndam dalam air dan dilarik dengan mesin pelarik.

“Selepas itu proses memasang dan memaku kulit serta perincian kekemasan lain seperti melicinkan kulit dan mengilatkan rebana.

“Rebana penyelang dan penengkah mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan bagi mendapatkan bunyi terbaik manakala jenis lain hanya seminggu disiapkan,” katanya.

Mampu jadi produk pelancongan Perak

Proses pembuatan rebana yang rumit selain memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi menjadikan alat musik itu mempunyai keistimewaan serta nilai estetika tersendiri.

Satu set rebana dijual pada harga RM2,700 hingga RM3,000 manakala untuk penengkah dan penyelang antara RM700 hingga RM1,000.

Kassim berkata, rebana dimainkan pada acara keramaian resmi di setiap daerah di Perak, namun kini ia semakin dilupakan.

Katanya, saat ini boleh dikatakan hanya daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Batang Padang saja yang masih mempunyai kumpulan dan giat bermain alat musik itu.

“Generasi muda sekarang kurang berminat. Pemainnya masih ada cuma tidak serancak dahulu di mana setiap kampung mesti ada kumpulan rebana, namun sekarang sebuah kampung belum tentu ada.

“Di Perak tukang rebana hanya saya dan seorang lagi di Kuala Kangsar sahaja. 25 tahun lalu di Kampung Gajah ada lima tukang rebana tetapi sekarang hanya saya saja,” katanya. 

Sebagai anak kelahiran Kampung Gajah, ia tidak mahu seni warisan itu hanya tinggal nama semata-mata jika ia tidak dipertahankan.

“Saya mahu seni warisan dan pembuatan rebana diteruskan sebagai budaya yang tak lapuk ditelan zaman. Rebana ada potensi untuk dijadikan tarikan dan produk cendera mata untuk wisatawan desa di Perak, pelancong dalam dan luar negeri boleh mengenali serta mendalami seni budaya,” katanya.[]

Berita ini milik website bharian.com.my yang disiarkan dalam bahasa Malaysia, dialihbahasakan oleh Thayeb Loh Angen untuk portalsatu.com/.