Kita mengetahui bahwa kelebihan ayat seribu dinar dikenal sebagai amalan termasyur dalam permasalahan yang terkait dengan rejeki serta perlindungan diri. Beberapa orang mengamalkan ayat ini sebagai maksud memohon pada Allah Swt supaya dikaruniai rejeki yang berlimpah, keringanan serta penyelesaian tiap-tiap permasalahan yang dihadapi. 

Tentu saja hal ini dilakukan supaya tercapainya maksud yang diinginkan oleh seseorang, sebaiknya diamalkan dengan kemauan yang tulus serta dengan cara istiqamah.

“Sesiapa yang bertaqwa pada Allah (dengan kerjakan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya), niscaya bakal diberikannya kelapangan (jalan keluar dari semua perkara yang menyusahkannya).”

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat seribu dinar. Para ulama menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperoleh kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari Alquran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah Swt akan mengaruniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah Swt dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran yaitu supaya kita bertakwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan.

Beranjak dari itu hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari masalah dalam hidup setiap hamba-Nya.? Jika keyakinan itu disematkan di hati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Pertama, memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.?

Kedua, seseorang yang rutin mewiridkan amalan ini, insya Allah akan mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.?

Ketiga, apabila seseorang mewiridkan zikir ini juga akan mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ?kezaliman dan bencana alam.?

Keempat, seseorang yang rutin mewiridkan amalan ini, jika berperang Insya Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal dengan izin Allah Swt.

Kelima, seseorang beramal dengan wirid ayat seribu dinar, Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.[]