Salah satu ibadah sunah yang dianjurkan adalah melakukan salat duha. Salat ini dianggap sebagai terimakasih seorang hamba kepada Allah Swt atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan salat duha dan umat Islam dianjurkan melakukannya.
Salah satu dalil yang menganjurkan ibadah tersebut diungkapkan oleh Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah saw berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at duha dan Witir sebelum tidur.”
Hadis lain juga disebutkan oleh Abu Dzar r.a., Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat shalat duha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah delapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat. Nabi Muhammad saw bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu dan Amalan Salat Dhuha
Salat sunat duha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu salat. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan salat sunah duha adalah saat matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter). Ini terpahami dalam hadis dari Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi saw keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan salat Dhuha.
Dalam hal ini baginda bersabda; “Inilah salat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Salat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat hingga 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah delapan rakaat. Salat sunat duha dua rakaat surat yang dianjurkan berupa ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau surat As-Syams dan Ad-Dhuha. atau; surat Al-lail dan Al-Insyirah.
Sedangkan salat duha lebih daripada 4 rakaat, salat pertama dianjurkan membaca surat As-Syams dan Ad-Dhuha. Sedangkan salat seterusnya tentunya lebih diutamakan surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas.
Keutamaan Salat Duha
Sebaik-baiknya salat duha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan keutamaannya. Seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah Swt, mudah rezeki, dan ketenangan jiwa serta kehidupan. Telah disebutkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan salat Dhuha dengan istiqamah niscaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Dalam hadist lain juga baginda Nabi saw bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘duha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan salat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani).
Kesempatan lainnya Rasulullah saw juga bersabda tentang kelebihan salat duha sebagaimana disebutkan dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (shalat Dhuha), nanti pasti akan Kucukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).[]





