Asmaul Husna ke-39 bernama “Al-Muqit”. Nama Allah “Al Muqitu” bermakna Yang Menyediakan makanan dan minuman bagi segala makhluk-Nya. Al-Muqit ada kaitan dengan Al-Hafidh, Yang Maha Memelihara. Kalimah ini hanya ditemukan sekali saja dalam Alquran dengan firman Allah,  “Barangsiapa yang memberikan syafa’at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya. Dan barangsiapa memberi syafa’at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) daripadanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (An-Nisaa’ [4]: 85)

Ada beberapa pengertian tentang Al-Muqit. Qutun atau Quwwatun bermaksud Maha Memelihara, Maha Kuat, Maha Berkuasa. Al-Muqit bermaksud Allahlah yang memberi jaminan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.

Fadhilah Al-Muqit

Pertama, seseorang yang mempunyai anak memiliki sikap kurang sopan, maka zikirkan “Ya Muqit” sebanyak-banyaknya, Insya Allah anak itu berubah perangai dan akhlaknya.

Kedua, seseorang yang sekiranya berada di dalam kelaparan seperti tersesat di dalam hutan atau di mana saja sehingga sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkan zikir Ya Muqit. Insya Allah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.

Ketiga, seseorang apabila membaca Ya Muqit tujuh kali dan ditiupkan ke dalam manggkuk berisi air lalu diminum airnya, Insya Allah kehendak seseorang itu akan dipenuhi dan tercapai.[]