SINGAPURA – Almarhum Ustaz Ali mengabdi tanpa mengenal lelah bersama para ustaz lain untuk memulihkan mereka yang sudah menyimpang dan membawa mereka pulang ke pangkuan masyarakat.
Demikian kata Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, menerusi catatannya di Facebook pada Jumat, 17 Maret 2023.
“Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), di mana beliau menyatukan masyarakat untuk memerangi salah tanggapan mengenai Islam. Beliau melihat ini sebagai misi penting yang perlu dilakukan masyarakat Islam demi melindungi agama kita,” kata Puan Halimah.
Puan Halimah juga menarik perhatian bahwa Almarhum memperjuangkan sikap bertolak ansur dan persefahaman antara agama sebagai pengurus Masjid Khadijah.
Sebelum ini, Puan Halimah bertemu Almarhum Ustaz Ali di Anugerah MUIS pada 2017 dan Anugerah Hari Kebangsaan pada 2018, di mana beliau menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Almarhum.
“Usahanya membawa perubahan besar kepada kehidupan agama masyarakat Islam dan kepada Singapura, sebagai masyarakat yang majmuk. Beliau sentiasa bersikap murah hati dengan masanya untuk berkhidmat untuk masyarakat yang beliau sayangi, terus menghadiri acara meskipun beliau sudah agak uzur.
“Takziah yang mendalam saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham,” kata Puan Halimah.[]